Saturday, June 30, 2012

Petua Menghadapi Suasana “Frust Bercinta” Daripada Al-Quran

Seseorang yang “putus cinta” biasanya akan menghadapi tekanan emosi yang mendalam. Ada yang termenung dan terkenang si dia yang telah pergi. Ada pula yang menangis kesedihan di tengah malam sunyi.
Hati pasti tidak akan tenteram, ingatan silam pasti akan kembali, kesedihan atau kemarahan akan datang membayangi. Sesetengah orang mengambil masa bertahun-tahun untuk melupakan kisah cinta bersama si dia, ada pula mungkin sekadar sebulan dua. Masing-masing mempunyai jangka waktu “recover” yang berbeza mengikut kekuatan jiwa masing-masing.
Yang pasti, hati akan resah gelisah. Pelajaran seorang pelajar akan mundur, produktiviti seorang pekerja akan menurun. Seluruh aktiviti kehidupan akan terganggu. Namun yang paling malang, apabila hati kecil mula mempersoal ketentuan tuhan kerana tidak dapat menerima kenyataan perpisahan. Semua ini akan terus menghantui diri selagi hati masih tidak tenteram.
Terdapat satu penawar yang mujarab untuk mententeramkan hati. Firman Allah di dalam surah Ar-R’ad ayat 28, “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.”
Zikrullah bermaksud mengingati Allah. Membaca Al-Quran juga termasuk zikrullah kerana salah satu nama bagi Al-Quran adalah Adz-Zikr. Dengan membaca Al-Quran dan menghayati maksud-masud ayat, seseorang itu sedang berzikir kepada Allah.
Selain membaca Al-Quran, seseorang itu juga boleh mengucapkan tasbih, tahmid, tahlil atau takbir. Zikir-zikir ini lebih ringkas dan mudah dilakukan secara berterusan di kebanyakkan keadaan dan tempat, sama ada secara lisan atau di dalam hati. Namun menurut Imam Nawawi di dalam Al-Azkar, zikir adalah lebih utama dilakukan dengan hati dan lisan, kedua-duanya sekali.
Jabir Bin Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah berkata, “zikir yang paling utama adalah lailahailallah (tiada tuhan selain Allah) dan sebaik-baik doa adalah mengucapkan alhamdulillah (segala pujian bagi Allah).”[1] Menurut Imam Tirmizi hadith ini berstatus hassan gharib.
Menurut rekod Imam Bukhari, nabi telah menyatakan, “Ada dua kalimat yang paling disukai Yang Maha Pengasih. Sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat dalam timbangan. Kedua-dua kalimat itu adalah subhanallah wa bihamdihi dan subhanallah hil azim [2] Kedua-dua kalimat ini membawa maksud ‘Maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya’ dan ‘Maha suci Allah yang Maha Besar.’ Di dalam riwayat lain diceritakan, sesiapa yang membaca hamdi.jpg 100 kali sehari, maka semua doasanya diampunkan oleh Allah, meski pun sebanyak buih di lautan.[3]
Jika disenaraikan jenis-jenis zikir, artikel ini akan menjadi begitu panjang sehingga mungkin terbentuk laman web baru yang mengkhususkan tentang zikir. Namun, memadailah seperti apa yang telah dipaparkan sebagai amalan.
Perbanyakkan zikir, mudah-mudahan hati menjadi tenteram, InsyaAllah.

Tip-tip Untuk Melupakan Seseorang Yang Teristimewa Dalam Hidup Kita

Terjemahan Dalam Bahasa Malaysia
Tafsiran Ar-Rahman
"Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Ia juga menetapkan apa jua yang dikehendakiNya. Dan (ingatlah) pada sisiNya ada "Ibu segala suratan". (Baca sambil tagan pegang pada hati atau kepala. lepas baca buangkan jauh2)
Selain tuh boleh lah amal kan tip-tip ini:-


(Bersama: Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj)

- Buang semua kenangan bersamanya termasuk gambar, lagu, cenderahati dan lain-lain. Bukan tidak lagi menghargai pemberiannya tetapi tidak mahu lagi terkenang-kenangkannya.

- Kenang kejahatannya lebih daripada kebaikannya. Bukan hendak menafikan kebaikan-kebaikannya tetapi tidak mungkin melupakan jika sarat dengan memori kebaikan.

- Anggap dia dijadikan bukan untuk anda. Dia untuk orang lain dan anda juga untuk orang lain.

- Percaya pada jodoh, takdir dan hikmah di sebalik perpisahan itu. Pasti ada.


- Carilah pengganti. Usah setia pada prinsip lapuk yang merugikan. Hidup perlu diteruskan dan diurus dengan baik.

- Usah biarkan hati digayut rindu, pilu.

- Elakkan kerap bersendirian tapi keluarlah aktifkan diri.

- Anggap dia tak pernah wujud di muka bumi ini dan anda tidak pernah berkenalan dengannya.

- Faham dan percaya anda sengaja ditemukan insan yang salah supaya akan lebih bersyukur apabila bertemu insan yang betul.


- Mohon pada ALLAH supaya dia lenyap dari fikiran anda.